All posts by admin

Masalah dengan sekolah vernakular

Satu soalan yang sering dilemparkan kepada saya, biasanya dengan niat provokasi, adalah sama ada saya menyokong pemansuhan pendidikan venakular, dan sejajar dengan itu sama ada saya percaya bahawa jawapan kepada masalah perpaduan negara kita terletak pada pendidikan satu aliran.

Jawapan saya setiap kali saya diajukan soalan ini adalah tidak, dan bukan kerana saya meluahkan jawapan politik semata-mata. Saya mengatakan tidak kerana saya percaya kepada pilihan dan persaingan dalam pendidikan, serta hakikat bahawa bahasa pengantar mahupun komposisi etnik sekolah bukanlah punca perpecahan atau faktor yang menyebabkan kecenderungan kepada perkauman.

Ya, mungkin premisnya mudah dipercayai – sekiranya anak-anak kita ke sekolah yang terdiri daripada hanya satu bangsa dan bercakap satu bahasa, maka mereka akan mengalami kesukaran dalam pergaulan mereka dengan yang mempunyai rupa dan bahasa yang berbeza.

Pemikiran beginilah yang dicetuskan kembali baru-baru ini oleh Menteri Pendidikan baru Dato’ Seri Mahdzir Khalid, yang mengumumkan bahawa modul pembinaan negara yang dikenali sebagai “Bina Bangsa” akan diperkenalkan tahun depan di peringkat sekolah rendah, bagi menangani apa yang difikirkan oleh beliau sebagai punca perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia, yakni kekurangan interaksi antara kanak-kanak daripada aliran sekolah yang berlainan.

Menjelaskan rasional untuk program ini, Mahdzir merungut bahawa sekolah kebangsaan menghadapi kesukaran menarik bukan Bumiputera kerana kewujudan sekolah vernakular, yang menyediakan pendidikan dalam bahasa ibunda Cina dan Tamil. Oleh itu, satu program wajib diperlukan untuk memaksa kanak-kanak sekolah vernakular untuk bergaul dan beramah mesra dengan rakan-rakan mereka dari sekolah-sekolah lain.

Walaupun idea menggalakkan penglibatan yang lebih silang budaya wajar dipuji, dan dengan sendirinya tidak menjadi masalah, rasional di sebalik logik Menteri Pendidikan untuk melaksanakan program ini adalah amat terpesong.

Pertama, andaian bahawa sekolah vernakular memupuk perpecahan manakala hanya sekolah kebangsaan dapat menyatukan rakyat Malaysia adalah satu anggapan yang salah dari segi empirikal.

Bertentangan dengan persepsi umum, sekolah kebangsaan kini sebenarnya lebih mono-etnik berbanding dengan sekolah-sekolah vernakular Cina. Walaupun sekolah kebangsaan pada 1960-an dan 1970-an boleh berbangga dengan kemasukan bukan Bumiputera yang tinggi, trend ini telah lama melihatkan penurunan. Malah, menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), murid Bumiputera kini merupakan 94 peratus daripada enrolmen di sekolah rendah kebangsaan. Ini bermakna bahawa enrolmen bukan Bumiputera di sekolah kebangsaan telah menurun kepada paras rendah iaitu hanya 6 peratus.

Sementara itu, PPPM juga melaporkan bahawa pendaftaran bukan Cina di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina telah meningkat kepada 12 peratus – dan semakin meningkat. Ini secara langsung bermakna sekolah-sekolah Cina hari ini lebih berciri pelbagai kaum berbanding sekolah kebangsaan. Malah, ada sekolah Cina dengan jumlah enrolmen bukan Cina yang sangat besar. Satu contoh ialah SJKC Tiong Hua Kok Bin di Klang, yang mempunyai kira-kira 45 peratus pelajar bukan Cina.

Hakikat bahawa semakin kurang ibu bapa bukan Bumiputera memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan manakala lebih ramai ibu bapa Bumiputera kini memilih sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina lantas meleburkan mitos bahawa sekolah-sekolah vernakular adalah punca perpecahan kaum dan membuktikan bahawa ibu bapa lebih mementingkan kualiti pendidikan dan daya saingan sebagai pertimbangan utama dalam pemilihan sekolah.

Kedua, menurut logik Mahdzir ini, semua murid Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) akan menjadi manusia rasis yang bersifat syak wasangka terhadap bukan Melayu atas dasar sekolah tersebut dikhaskan hanya untuk Melayu. Walau bagaimanapun, saya benar-benar boleh mengesahkan bahawa hal ini tidak benar, kerana saya mempunyai ramai kawan dan saudara-mara yang pernah belajar di sana.

Pada masa yang sama, saya juga mempunyai rakan-rakan yang belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina sepanjang tempoh pendidikan mereka, dan hari ini menjadi warga Malaysia sejati yang cintakan negara sebagaimana rakan saya daripada MCKK. Dalam nada yang sama, saya juga mengenali ramai orang Eropah yang membesar dalam persekitaran seluruhnya Caucasian tanpa berjumpa dengan mana-mana orang bukan-Eropah sehinggalah alam dewasa, namun tidak sedikit pun taksub dalam cara pandang dunia mereka.

Pada masa yang sama, meskipun anak-anak kita bersekolah di sekolah kebangsaan tetapi berulang kali diberitahu agar tidak makan, bergaul dan beramah mesra dengan rakan-rakan bukan Islam mereka, atau bahawa kaum lain adalah pendatang yang tidak berhak dilayan serata dengan mereka, bagaimanakah cara pandang dunia yang akan mereka bentuk?

Sebenarnya, bukan komposisi etnik atau bahasa yang digunakan dalam persekitaran seseorang itu yang membentuk cara pandang hidupnya, sebaliknya nilai-nilai yang disampaikan di sekolah dan di rumah. Selagi sekolah-sekolah kita menggalakkan rasa hormat dan menghargai warisan masing-masing serta meraikan kepelbagaian budaya sebagai sumber kekuatan, maka pastinya anak-anak kita akan membesar menjadi rakyat Malaysia yang sopan dan terangkum.

Justeru, jika kita menghadapi masalah perpecahan pada hari ini, mungkin kita perlu secara serius mempersoalkan nilai-nilai dan naratif yang tersemai dalam sukatan pelajaran sistem pendidikan kita, dan bukannya beralih menyalahkan sekolah aliran berlainan yang telah kita warisi sejak Merdeka lagi.

Oleh itu, masalah dengan sekolah vernakular bukanlah sekolah vernakular itu semata-mata, tetapi pendapat sesat yang tersebar luas bahawa sekolah-sekolah ini mewujudkan perpecahan kaum dan menjadi penghalang kepada keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia. Lagipun, saya ragu-ragu jika ada ahli Perkasa yang bersekolah di sekolah Cina.

NB: This article was originally published in Roketkini.com on 8 September 2015.

Kesal Pas Pulau Pinang terus memfitnah Kerajaan Negeri

Saya merujuk laporan akhbar Utusan Malaysia pada 2 September 2015 yang memetik Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah Pas Pulau Pinang Iszuree Ibrahim sebagai menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersikap “lepas tangan” dan tidak bersungguh-sungguh mempertahankan kampung-kampung warisan di negeri ini.

Beliau kemudian menggunakan contoh kejayaan Kerajaan Negeri menyelesaikan isu Kampung Buah Pala, di mana penduduk telah mendapat pampasan yang setimpal, untuk membuat perbandingan kononnya Kerajaan Negeri tidak mempedulikan kemelut penduduk Kampung Mutiara yang kini berhadapan dengan tindakan pengusiran yang diperintahkan mahkamah.

Sebagai seorang bekas ahli majlis kerajaan tempatan, Iszuree seyogia lebih maklum mengenai hal undang-undang dan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sepertimana yang pernah saya jelaskan, kes Kampung Mutiara membabitkan tindakan mahkamah antara tuan tanah, seorang individu, dan penduduk yang menetap di atas tanah tersebut.

Justeru, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kaitan langsung dengan kes mahkamah antara dua pihak itu. Pada masa yang sama, tuan tanah juga bukan seorang pemaju dan sehingga sekarang tidak pernah membuat permohonan merancang untuk membangunkan tanah tersebut. Kerajaan Negeri hanya boleh bertindak apabila terdapat rancangan untuk memajukan tanah tersebut kerana kuasa kelulusan berada di bawah pihak berkuasa tempatan, yakni Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Namun demikian, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri telah membuat kenyataan umum bahawa Kerajaan Negeri tidak akan meluluskan sebarang pembangunan di tanah tersebut selagi penduduk tidak diberi pampasan yang setimpal. Ini adalah selaras dengan garis panduan Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 yang mensyarakatkan pampasan kepada penduduk sebelum apa-apa pelan pembangunan diluluskan.

Pengisytiharan Kerajaan Negeri ini tidak disambut baik oleh tuan tanah yang lantang menyelar Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam sebuah wawancara suratkhabar kerana menghalang haknya untuk memajukan tanah tersebut.

Tambahan kepada itu, Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk menyediakan rumah PPR sebagai penginapan sementara, dalam senario berlakunya perobohan rumah. Pada masa yang sama, penduduk juga akan diberi keutamaan untuk membeli rumah kos rendah atau kos sederhana rendah, sekiranya mereka diusir.

Usaha Kerajaan Negeri telah pun diiktiraf oleh pemimpin Umno Bukit Bendera, Dato’ Ahmad Ismail, yang menyampaikan penghargaan beliau atas bantuan yang diberi kepada penduduk kampung. Dato’ Ahmad juga memuji sikap bekerjasama semua pihak termasuk Kerajaan Negeri bagi memastikan kebajikan penduduk terpelihara.

Jika Umno sendiri boleh mengiiktiraf peranan Kerajaan Negeri dalam usaha mempertahankan penduduk Kampung Mutiara, mengapakah Pas mahu terus memfitnah dan menabur tohmahan?

Zairil Khir Johari
Ahli Parlimen Bukit Bendera
Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang

NB: This press statement was released on 4 September 2015 in George Town.

The problem with vernacular schools

A question that is often thrown at me, usually with the intention to provoke, is whether I support the abolishment of vernacular education, and correspondingly whether I believed that the answer to our national unity woes lies in having single stream education.

My answer each time I am asked this is to say no, and not because I am rehearsing a political line. I say no because I am a firm believer in choice and competition in education, as well as the fact that neither language of instruction nor ethnic make-up of schools cause disunity or a predilection for racism.

To be sure, it is an easy premise to believe – if children go to schools that are made up of only one race and speak only one language, they would find it difficult as adults to mix with those who look and speak differently.

One recent high-profile advocate of this line of thought is the newly appointed Education Minister Dato’ Seri Mahdzir Khalid, who announced that a new nation-building module called “Bina Bangsa” would be introduced next year for vernacular primary schools,* in order to address what he deems as the cause for disunity among Malaysians, viz. the lack of interaction between school children of different races.

Explaining the rationale for this programme, Mahdzir laments that national schools faced difficulties in attracting non-Bumiputeras because of the existence of vernacular schools, which provided education in the Chinese and Tamil mother tongues. Therefore, a compulsory programme was needed to force vernacular school children to mix and mingle with their counterparts from other schools.

While the idea of encouraging more cross-cultural engagement is laudable, and by itself not a problem, the rationale behind the Education Minister’s logic of applying the programme exclusively on vernacular schools is deeply flawed.

Firstly, by suggesting that only vernacular schools require “nation-building” programmes, the minister is mischievously implying that such schools are an inherent obstacle to national unity. This hypothesis has no rational basis.

By Mahdzir’s logic, everyone from Malay College Kuala Kangsar (MCKK), by virtue of it being an all-Malay school, should turn out to be parochial racists who view non-Malays with suspicion and mistrust. However, having many friends and relatives who graduated from MCKK and many other Malay boarding schools, I can genuinely affirm that not to be true.

At the same time, I also have friends who studied in Chinese vernacular schools all their lives, and who are today as Malaysian in outlook as the best of MCKK. Similarly, I have also met countless Europeans who are not the least bit bigoted, despite some of them growing up in all-Caucasian environments without having interacted with any non-Caucasians until they entered university or began working.

On the other hand, if a child goes to a multi-ethnic national school but is repeatedly told not to eat, mix and mingle with their non-Muslim friends, or that those of a different race are immigrants who do not deserve the same rights as them, what kind of a worldview would they form?

Secondly, the idea that vernacular schools breed disunity while only national schools are able to unite Malaysians is an empirical fallacy. Contrary to general perception, national schools are now actually more mono-ethnic in make-up compared to Chinese vernacular schools. While national schools in the 1960s and 70s could boast of high non-Bumiputera enrolment, this trend has long since seen a decline. In fact, according to the Malaysia Education Blueprint (MEB), Bumiputera students now constitute 94 per cent of enrolment in national primary schools. This means that non-Bumiputera enrolment in national schools has dropped to an all-time low of only 6 per cent.

Meanwhile, the MEB interestingly reports that non-Chinese enrolment in Chinese vernacular schools has increased to 12 per cent – and is on the rise. This effectively means that Chinese schools are today more multiracial compared to national schools. In fact, there are Chinese schools with very significant numbers of non-Chinese enrolment. One such example is SJKC Tiong Hua Kok Bin in Klang, which has about 45 per cent non-Chinese students.

The fact that less and less non-Bumiputera parents choose to send their children to national schools while more and more Bumiputera parents now prefer Chinese vernacular schools both debunks the myth that vernacular schools are a cause of racial disunity and proves that parents value quality of education and competitiveness as the main consideration for school selection.

At the end of the day, it is not so much the ethnic make-up or language used in one’s environment that shapes one’s worldview, as it is the values imparted in school and at home. As long as our schools encourage respect and appreciation of each other’s heritage and celebrate cultural diversity as a source of strength, then there is no question that our children will grow up to be decent and inclusive Malaysians.

On the flip side, if indeed we are facing a problem of disunity today, then perhaps we should seriously question the values and narratives being propagated in our national school syllabus, rather than shift the blame on the multiple-stream education system that we have inherited since independence.

Therefore, the problem with vernacular schools is not vernacular schools per se, but the prevalent and misguided opinion that these schools create racial division and lack of harmony among Malaysians. After all, I doubt any Perkasa member attended Chinese schools.

*Following my statement, Dato’ Seri Mahdzir Khalid clarified that the programme would be applicable to both national and vernacular schools, though his premise that vernacular schools hindered national unity remains.

NB: This article was originally published in my column on The Malaysian Insider on 4 September 2015.

Why force “Bina Bangsa” on vernacular schools, when national schools are less multiracial in make-up?

Newly appointed Education Minister Dato’ Seri Mahdzir Khalid announced last week that a new nation-building module called “Bina Bangsa” would be introduced for vernacular primary schools to address the lack of interaction between races among school children.

He further lamented that it was difficult to attract non-Malays to national schools because of the existence of vernacular schools that cater to the Chinese and Tamil mother tongues. Because Mahdzir believes this to affect national unity, he therefore sees the need to implement a compulsory programme to get children of different schools and backgrounds to meet and mingle.

The idea to encourage more cross-cultural engagement is of course laudable. However, there are deep flaws to the Education Minister’s logic when it is suggested that this programme should only be applicable to vernacular schools.

Firstly, contrary to general perception, national schools are actually now more mono-ethnic in make-up compared to vernacular, especially Chinese, schools. While it is true that national schools in the 1960s and 1970s could boast of high non-Bumiputera enrolment, this is no longer the case. In fact, according to the Malaysia Education Blueprint (MEB), Bumiputera students now make up 94 per cent of enrolment in national primary schools. This means that non-Bumiputera enrolment in national schools has dropped to an all-time low of only 6 per cent.

Meanwhile, the MEB also reports that non-Chinese enrolment in Chinese vernacular schools has increased to 12 per cent – and rising. This effectively means that Chinese schools are more multiracial compared to national schools. In fact, there are Chinese schools with very significant numbers of non-Chinese enrolment. To give one example, SJKC Tiong Hua Kok Bin in Klang has about 45 per cent non-Chinese students.[1]

Secondly, by suggesting that only vernacular schools need to undergo “nation-building” programmes, it carries the mischievous implication that vernacular schools are an inherent obstacle to national unity. This is a hypothesis that has no empirical basis.

It is not the demographic make-up of a school or the language of instruction that determines national unity or affects the predilection of an individual to be racist. By Mahdzir’s logic, everyone from Malay College Kuala Kangsar (MCKK), by virtue of it being an all-Malay school, should graduate as parochial racists. However, I can genuinely affirm that not to be true, as I have many friends and relatives who had studied there.

At the same time, I also have friends who studied in Chinese vernacular schools all their lives, and who are today as Malaysian in outlook as the best of MCKK. In the same vein, I also know many Europeans who grew up in all-Caucasian environments without having met any non-Europeans until well into adulthood, but who are also not the least bit bigoted.

At the end of the day, it is not so much the ethnic make-up or language used in one’s environment that shapes one’s worldview, as it is the values that are taught in school and at home. Instead of shifting the blame for the lack of national unity among Malaysians on the multiple-stream education system Malaysia, the Education Minister should seriously look into the values that are imparted, and the quality of education available, especially in national schools.

The more critical question that should be asked is: why are less and less non-Bumiputera parents sending their children to national schools while more and more Bumiputera parents send their children to Chinese vernacular schools?

Zairil Khir Johari
Member of Parliament for Bukit Bendera
DAP Parliamentary Spokesperson for Education, Science and Technology

Mengapa paksakan “Bina Bangsa” ke atas sekolah vernakular, sedangkan SJKC lebih berbilang kaum berbanding SK?

Menteri Pendidikan baru Dato’ Seri Mahdzir Khalid mengumumkan minggu lalu bahawa modul baru yang dikenali sebagai “Bina Bangsa” akan diperkenalkan untuk sekolah rendah jenis kebangsaan bagi menangani kekurangan interaksi antara kaum dalam kalangan murid.

Beliau juga mengeluh bahawa sukar untuk menarik bukan Melayu ke sekolah kebangsaan kerana kewujudan sekolah vernakular yang berbahasa ibunda Cina dan Tamil. Oleh kerana Mahdzir beranggapan inilah punca perpaduan negara terjejas, lantas beliau melihat keperluan untuk melaksanakan program wajib bagi membolehkan anak yang berbeza latar belakang dan sekolah bertemu dan beramah mesra.

Idea untuk menggalakkan penglibatan yang lebih silang budaya sudah tentu patut dipuji. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan jelas dalam logik Menteri Pendidikan ini apabila beliau mencadangkan program ini hanya diguna pakai di sekolah vernakular.

Pertama, bertentangan dengan persepsi umum, sekolah kebangsaan sebenarnya kini lebih mono-etnik daripada segi komposisi berbanding sekolah vernakular, khususnya sekolah vernakular Cina, ataupun SJKC. Meskipun benar bahawa sekolah kebangsaan pada 1960-an dan 1970-an boleh berbangga dengan kemasukan bukan Bumiputera yang tinggi, ini tidak lagi berlaku. Malah, menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), murid Bumiputera kini membentuk 94 peratus daripada enrolmen di sekolah rendah kebangsaan. Hal ini bermakna enrolmen bukan Bumiputera di sekolah kebangsaan telah menurun kepada paras yang amat rendah, iaitu hanya 6 peratus.

Sementara itu, PPPM juga melaporkan bahawa pendaftaran bukan Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina telah meningkat kepada 12 peratus – dan semakin meningkat. Ini secara langsung bermaksud bahawa sekolah Cina adalah lebih berbilang kaum berbanding sekolah kebangsaan. Malah, ada sekolah Cina dengan jumlah enrolmen bukan Cina yang sangat besar. Sebagai contoh, SJKC Tiong Hua Kok Bin di Klang mempunyai kira-kira 45 peratus murid bukan Cina.[2]

Kedua, dengan mencadangkan bahawa hanya sekolah vernakular perlu menjalani program “Bina Bangsa,” ia membawa implikasi bersangka buruk bahawa sekolah vernakular adalah penghalang kepada perpaduan negara. Ini adalah satu hipotesis yang tidak mempunyai asas langsung.

Hakikatnya, bukan komposisi demografi sekolah atau bahasa pengantar yang menentukan perpaduan negara atau membina sifat kecenderungan perkauman atau rasis. Mengikut logik Mahdzir, semua murid Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) akan menjadi manusia rasis yang bersifat jumud atas dasar sekolah tersebut dikhaskan hanya untuk Melayu. Walau bagaimanapun, saya benar-benar boleh mengesahkan bahawa hal ini tidak benar, kerana saya mempunyai ramai kawan dan saudara-mara yang belajar di sana.

Pada masa yang sama, saya juga mempunyai rakan-rakan yang belajar di SJKC sepanjang tempoh pendidikan mereka, dan hari ini menjadi warga Malaysia sejati yang cintakan negara sebagaimana mereka yang dari MCKK. Dalam nada yang sama, saya juga mengenali ramai orang Eropah yang membesar dalam persekitaran seluruhnya Caucasian tanpa berjumpa dengan mana-mana orang bukan-Eropah sehinggalah alam dewasa, namun tidak sedikit pun taksub dalam cara pandang dunia mereka.

Sebenarnya, bukan komposisi etnik atau bahasa yang digunakan dalam persekitaran yang membentuk pandangan hidup seseorang, tetapi nilai-nilai yang diajar di sekolah dan di rumah. Daripada menyalahkan sistem pendidikan pelbagai aliran yang sudah kian lama diamalkan di negara kita, Menteri Pendidikan harus sedar bahawa punca kekurangan perpaduan itu adalah kelemahan nilai-nilai yang disemai serta kualiti pendidikan yang merosot, khususnya dalam sekolah kebangsaan kita.

Persoalan yang lebih penting direnung adalah: mengapa semakin kurang ibu bapa bukan Bumiputera menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan manakala lebih ramai ibu bapa Bumiputera menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina?

Zairil Khir Johari
Ahli Parlimen Bukit Bendera
Jurucakap Parlimen DAP untuk Pendidikan, Sains dan Teknologi

[1] http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/01/13/More-nonChinese-students-enrolling-in-Chinese-schools/

NB: This press statement was released on 3 September 2015 in Kuala Lumpur.

Masa depan Malaysia dalam senario pasca-PR dan pasca-BN

Ramai rakyat Malaysia kecewa dengan perpecahan Pakatan Rakyat (PR), sebuah gabungan berusia tujuh tahun yang telah bersatu atas keperluan bersama berikutan keputusan mengejutkan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008.

Pilihan raya yang penting itu bukan sahaja menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan dua pertiga majoriti di Parlimen buat julung kali serta melepaskan kawalan ke atas lima daripada 13 negeri, tetapi juga meletakkan ketiga-tiga parti pembangkang utama, iaitu DAP, PKR dan Pas, dalam kedudukan yang janggal setelah mencukupi jumlah kerusi untuk membentuk lima kerajaan negeri – secara bersama. Justeru, atas dasar pragmatisme, ketiga-tiga parti telah mengetepikan perbezaan mereka. Hatta lahirlah Pakatan Rakyat (PR).

Secara umumnya, aturan ini telah berjaya. Menjelang pilihan raya umum berikutnya pada tahun 2013, sungguhpun keretakan mula kelihatan, gabungan PR mampu menyerlah sebagai alternatif kepada BN. Premis ini diabsahkan oleh keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang menyaksikan gabungan tiga parti itu menguasai 52 peratus undi popular – namun dinafikan hak untuk membentuk Kerajaan Persekutuan akibat amalan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan pembahagian kerusi yang tidak adil.

Malangnya, itu menjadi kemuncak kisah PR dan semuanya mula merosot selepas itu. Desakan agresif oleh media Melayu kawalan Umno yang mengapi-apikan agenda nasionalis Melayu-Islam serta perbalahan dalaman Pas telah membawa kepada kemunculan semula isu-isu yang amat memecahbelahkan seperti polemik kanun jenayah syariah atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud.

Kesudahannya, janji-janji dikhianati dan perang mulut meledak dalam kalangan parti komponen. Ekoran daripada itu, Muktamar Pas telah menaikkan golongan sayap kanan sebagai pemimpin dan, melalui usul yang diterima tanpa bahas, mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Maka berakhirlah gabungan PR.

Gabungan kekal dan terpusat tidak mapan

Walaupun ada yang meratapi pengkuburan PR sebagai halangan kepada pembangunan demokrasi di Malaysia, saya tidak seluruhnya bersetuju. Ini kerana perbezaan mendasar antara parti-parti PR akan senantiasa menjadi bom jangka yang menghantui kemampanannya. Oleh itu, saya lebih suka melihat bahawa perpecahan yang berlaku pada ketika ini akan membuka peluang untuk menyusun semula landskap politik Malaysia melalui penzahiran gabungan politik baru dan lebih progresif.

Sudah terlalu lama politik di Malaysia didominasi satu gabungan rasmi, iaitu BN dan pendahulunya, Perikatan. Usaha sememangnya dibuat untuk membentuk gabungan pembangkang pada masa lalu, seperti Barisan Sosialis, Gagasan Rakyat dan Barisan Alternatif, namun secara umumnya ia tidak tekal dan bersifat sementara. Namun begitu, oleh kerana PR tidak dilihat sebagai gabungan “pembangkang” semata-mata, dek kerana ia berjaya mentadbir di lima negeri ketika kemuncaknya, maka besarlah harapan rakyat bahawa gabungan ini dapat menjadi alternatif kekal kepada hegemoni BN.

Walaupun ramai yang menginginkan sebaliknya, hakikatnya adalah PR bukan sebuah konsep yang mapan. Malah, saya ingin mencanangkan bahawa sebarang jenis pakatan politik yang bertujuan untuk menggabungkan kesemua kepentingan kewilayahan yang rencam dan jauh berbeza di negara kita dalam bentuk yang seragam, kekal dan terpusat tidak mungkin berjaya. Ini kerana konsep sebegitu bercanggah dengan sifat-sifat fitrah masyarakat yang senantiasa dinamik.

Bagi BN pula, jelas gabungan mereka hanya berkekalan atas dasar kuasa dan hakikat bahawa ia dikawal secara terpusat oleh Umno, memandangkan parti nasionalis Melayu tersebut menguasai dua pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen BN. Oleh kerana itu, parti-parti yang lebih kecil telah hilang kerelevanan dan daya upaya mereka. Kini, kesetiaan mereka dalam gabungan BN semata-mata berdasarkan kepada jaminan jawatan dan habuan.

Sebagai contoh, parti politik yang dahulunya berpengaruh seperti PPP, yang pada suatu ketika menjadi parti utama di Perak, kini tidak lagi mempunyai seorang wakil rakyat pun. Manakala, Gerakan yang pernah memerintah Pulau Pinang pula menyaksikan penguasaan mereka terhakis sehingga jumlah kerusi mereka diatasi oleh Umno – malah sebelum BN kalah di negeri tersebut pada tahun 2008. Satu lagi parti yang menjadi mangsa adalah Pas. Tidak lama selepas menyertai gabungan BN, mereka telah hilang penguasaan ke atas Kelantan akibat pengkhianatan Umno. Malah, Pas tidak berjaya merampas kembali tampuk kuasa di Kelantan sehingga lebih sedekad kemudian.

Walaupun gabungan PR tidak mempunyai satu rakan yang dominan, perselisihan antara pusat kuasa, iaitu kepimpinan pantai barat Semenanjung, dan wilayah pinggir seperti pantai timur Semenanjung dan Borneo, terbukti menjadi kehancuran Pakatan.

Di luar pantai barat, PR itu sendiri merupakan konsep yang samar. Sebagai contoh, sementara Pulau Pinang, Selangor, Perak dan, sedikit sebanyak, Kedah, boleh digambarkan sebagai negeri PR, label yang sama mungkin meragukan apabila merujuk kepada Kelantan. Bagaimanakah Kelantan boleh dikatakan kerajaan PR apabila DAP tidak bertanding di negeri ini dan PKR hanya mempunyai seorang wakil tunggal? Dalam erti kata lain, Kelantan tidak lain tidak bukan hanyalah kerajaan Pas.

Pada masa yang sama, gabungan PR juga berasa janggal di Malaysia Timur. Adakah idea PR itu betul-betul relevan kepada Sabah dan Sarawak? Bagaimana mungkin, apabila peranan Pas di kedua-dua negeri ini adalah sebagaimana DAP di pantai timur Semenanjung – hampir tidak wujud. Ketegangan yang ketara ini akhirnya mendorong DAP Sarawak untuk menzahirkan pendirian bebas dalam perkara ini.

Pada masa yang sama, kepentingan dan aspirasi kewilayahan juga bermakna Pas di pantai timur juga tidak serasi dengan aturan PR. Secara tidak langsung, isu hudud yang merupakan duri dalam daging adalah manifestasi persoalan ini. Menurut penyokongnya, kerajaan negeri Kelantan semata-mata menjalankan hak demokratik dalam mengejar cita-cita perundangannya. Walaupun objektifnya berkemungkinan besar bercanggah dengan Perlembagaan, itu menjadi persoalan lain. Dalam konteks ini, sebagaimana Pas Kelantan mempunyai hak untuk mengejar pelaksanaan hudud, DAP dan sesiapa sahaja mempunyai hak yang sama untuk menentangnya, bukan sekadar secara legislatif tetapi juga melalui mahkamah.

Walau bagaimanapun, dinamik demokratik ini tidak boleh muncul dalam konteks gabungan kekal. Memandangkan hudud bukan sebahagian daripada Kerangka Bersama PR yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti, cubaan Pas Kelantan untuk melaksanakannya merupakan pelanggaran perjanjian yang jelas.

Namun demikian, muncul juga soalan yang lebih besar – wajarkah kerajaan negeri Pas terikat dengan kontrak PR apabila ia sebenarnya bukanlah sebuah kerajaan PR? Oleh yang demikian, masalah ini membawa kepada persoalan struktur.

Pembinaan gabungan yang terpencar

Kepentingan dan aspirasi kewilayahan di negara kita sangat berbeza dan ada kalanya bercanggah dengan satu sama lain. Ini merupakan kelaziman dan bukanlah suatu yang mengejutkan. Apakah tidaknya, sedangkan setiap wilayah mempunyai perbezaan yang sangat ketara, baik dari segi budaya, sosio-ekonomi atau demografi.

Oleh itu, daripada memaksakan struktur gabungan kekal ke atas semua, cara yang lebih afdal adalah untuk menggalakkan gabungan terpencar melalui pakatan tidak kekal dan berdasarkan kontrak. Ini bermakna wilayah atau negeri yang berbeza boleh membuat gabungan tempatan mereka sendiri yang mungkin berbeza daripada gabungan parti mereka di peringkat persekutuan.

Konsep sedemikian sebenarnya menjadi amalan lazim di serata dunia. Di Jerman, sebagai contoh, Christian Democratic Union (CDU) di bawah kepimpinan Canselor Angela Merkel kini membentuk kerajaan campuran dengan Social Democratic Party (SPD) di peringkat persekutuan, manakala blok pembangkang terdiri daripada Green Party dan Die Linke.

Pun begitu, konfigurasinya jauh berbeza di peringkat negeri. Misalnya, di negeri Brandenburg, SPD mentadbir dengan kerjasama Die Linke, manakala di North Rhine-Westphalia, SPD membentuk kerajaan dengan Green Party. Lebih menarik lagi, di negeri Hessen, CDU membentuk kerajaan campuran dengan Green Party, iaitu satu perkiraan yang amat luarbiasa memandangkan kedua-dua parti itu mempunyai paksi ideologi yang jauh bertentangan.

Konfigurasi yang nampak mengelirukan ini sebenarnya lebih fleksibel dan dinamik. Malah, ia juga lebih rasional, kerana gabungan berlainan di peringkat berlainan ini lebih mencerminkan keperluan dan aspirasi kewilayahan dan kepentingan politik yang berbeza. Mungkin ada yang tertanya bagaimana pakatan sedemikian boleh berfungsi, khususnya apabila melibatkan ideologi yang tidak selari dalam kalangan parti yang terlibat. Jawapannya mudah – kerana mereka tidak kekal, setiap gabungan hanya terikat kepada perjanjian berasaskan kontrak yang dipersetujui bagi tempoh kitaran pilihan raya tersebut. Perjanjian-perjanjian ini pula dibuat secara terbuka agar semua rakyat boleh menjangkakan apa dasar-dasar yang bakal dilaksanakan oleh sesuatu kerajaan gabungan.

Satu lagi kelebihan perjanjian sedemikian adalah ia membenarkan parti-parti kecil untuk memainkan peranan yang penting tanpa mengikatkan diri mereka secara kekal kepada mana-mana gabungan tertentu. Ambil sebagai contoh kes Free Democratic Party (FDP) di Jerman. Walaupun ia merupakan pemain kecil berbanding gergasi seperti CDU dan SPD, FPD sebenarnya telah berkuasa lebih lama daripada mana-mana parti lain. Kejayaan ini dicapai dengan memainkan peranan sebagai rakan kongsi gabungan dalam kedua-dua kerajaan CDU dan SPD yang masa yang berasingan.

Di samping itu, pembinaan gabungan yang terpencar juga bermakna bahawa parti kecil seperti Die Linke dan Green Party, walaupun kekurangan kekuatan nasional, turut boleh menyumbang kepada tadbir urus negara melalui pembentukan gabungan peringkat negeri. Perkara ini sudah tentu mustahil jika mereka semua menjadi sebahagian daripada pakatan yang kekal dan terpusat.

Gabungan terpencar bukan sahaja lebih demokratik, ia juga kurang menyebabkan polarisasi. Dikotomi dua parti atau dua gabungan seringkali menimbulkan suasana permusuhan, seperti yang berlaku di Malaysia, lantas mengecilkan ruang kerjasama dan kompromi. Namun, apabila sebuah pihak sedar bahawa lawan mereka pada hari ini boleh menjadi rakan kongsi mereka pada keesokan hari, mereka akan secara spontan menzahirkan pendirian yang lebih sederhana.

Adakah gabungan terpencar relevan untuk Malaysia?

Satu soalan lazim yang kerap timbul apabila membincangkan isu ini ialah sama ada pengundi Malaysia sudah cukup matang dan bijak untuk memahami idea gabungan tidak tetap dan tidak terpusat ini, memandangkan mereka sudah begitu terbiasa dengan kerangka sedia ada. Saya juga sering dinasihatkan agar tidak membandingkan Malaysia dengan Jerman, kerana Jerman merupakan sebuah negara maju yang sudah lama mengamalkan demokrasi.

Meskipun itu menjadi tanggapan umum, ia tidak benar. Jangan kita lupa, Jerman secara keseluruhannya hanya menjadi negara demokratik sejak 25 tahun lalu berikutan kejatuhan tirai besi dan penyatuan semula antara Jerman Barat dan Jerman Timur pada tahun 1990. Malah, Jerman Barat pun hanya menjadi demokrasi sejak tahun 1949. Sebelum itu, Jerman merupakan negara diktator fasis yang paling terkenal dalam dunia moden.

Tambahan pula, bukan sahaja negara maju seperti Jerman yang mengamalkan konsep gabungan terpencar, malah negara jiran kita seperti Indonesia dan Filipina juga sama. Oleh itu, tidak ada sebab mengapa rakyat Malaysia tidak dapat memahami konsep ini.

Dalam konteks negara kita yang rencam dan berbeza dari segi budaya mahupun geografi, konsep gabungan terpencar menawarkan konfigurasi politik yang paling praktis dan efisien buat negara kita. Pembentukan pakatan berdasarkan kewilayahan bukan sahaja dapat mencerminkan aspirasi dan keperluan tempatan serta menghidupkan demokrasi tempatan, ia juga akan membantu membentuk landskap politik yang lebih progresif dan terangkum.

Oleh itu, di tengah-tengah krisis politik di negara kita yang tampaknya tiada penghujung, dengan pembubaran PR sementara BN bakal meledak, barangkali penyelesaian kepada kemelut Malaysia memerlukan paradigma baru yang dapat membawa kepada pendemokrasian yang lebih bermakna kepada rakyat.

NB: This article was originally published in Roketkini.com on 26 August 2015.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertekad membela penduduk Kampung Mutiara

Semalam, penduduk Kampung Mutiara berjaya menangguhkan tindakan pengusiran tanpa sebarang pampasan yang dikenakan ke atas mereka ekoran perintah mahkamah yang dikeluarkan pada bulan Julai 2015 bagi mendapatkan milikan kosong (vacant possession) untuk tuan tanah Lot 39 dan 40, Seksyen 1, Daerah Timur Laut, Bandar Batu Ferringhi, Pulau Pinang yang berukuran lebih kurang 3.5 ekar.

Perintah mahkamah ini telah dikeluarkan berikutan kes mahkamah yang sudah berlarutan sejak tahun 2007 lagi. Walaupun kes ini merupakan kes antara tuan tanah dan penduduk yang tidak membabitkan tanah kerajaan negeri, namun Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil prihatin akan kes ini dan bertekad untuk membantu penduduk yang teraniaya.

Kerajaan Negeri bertekad membela penduduk

Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri mengambil maklum akan kemelut yang dihadapi penduduk Kampung Mutiara dan telah mengarahkan agar saya membantu dalam usaha mencari penyelesaian. Tambahan lagi, beliau juga menekankan bahawa Kerajaan Negeri tidak akan meluluskan sebarang pembangunan di tanah tersebut selagi penduduk tidak diberi pampasan adil.

Walaupun tindakan yang diambil oleh tuan tanah untuk mengusir penduduk tanpa pampasan ini tidak bercanggah dengan kanun tanah negara, namun ia bertentangan dengan garis panduan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mensyarakatkan bahawa penduduk harus diberi pampasan sebelum pelan pembangunan diluluskan. Ini merupakan kelumrahan di Pulau Pinang sejak tahun 2008, dan contoh terdekat adalah kampung bersebelahan Kampung Mutiara, iaitu Kampung Chetty, yang diberi pampasan satu unit rumah kos sederhana rendah sebagai ganti rugi bagi setiap rumah yang dikosongkan. Pampasan ini adalah hasil rundingan antara penduduk dan pihak pemaju dengan Kerajaan Negeri sebagai pemudahcara.

Justeru, pada 10 Ogos yang lalu, saya bersama Adun Tanjong Bunga Teh Yee Cheu telah membuat sidang akhbar bersama penduduk kampung, di mana kami telah membantah keras pengusiran tanpa pampasan ini. Pada masa yang sama, kami juga mengumumkan akan menolak sebarang pelan perancangan di atas tanah tersebut sekiranya penduduk tidak diberi pampasan yang adil.

Pada masa yang sama, saya juga telah berhubung dengan Jagdeep Singh Deo selaku Exco Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dan beliau dengan segera telah menyediakan rumah PPR sebagai penginapan sementara, dalam senario berlakunya perobohan rumah. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Dato’ Rashid Hasnor juga menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memberi keutamaan kepada penduduk Kampung Mutiara untuk membeli rumah kos rendah atau kos sederhana rendah, sekiranya mereka diusir.

Bantahan kami telah berjaya apabila kurang seminggu selepas sidang akhbar saya dan Teh Yee Cheu, tuan tanah sendiri telah menghubungi saya melalui telefon, di mana beliau menyatakan keterbukaan untuk berjumpa bagi membincangkan masalah kampung tersebut. Selepas itu, tuan tanah juga menghubungi Dato’ Rashid Hasnor dan mengulangi ketersediaannya untuk berjumpa dalam masa terdekat.

Kerajaan Negeri difitnah Pas, walaupun usaha diiktiraf Umno

Walaupun pendirian dan usaha Kerajaan Negeri jelas dalam perkara ini, namun masih terdapat pihak-pihak tertentu, khususnya sesetengah pemimpin Pas negeri Pulau Pinang, yang masih menabur fitnah bahawa kononnya Kerajaan Negeri tidak membantu penduduk. Saya menyelar tuduhan-tuduhan tidak berasas ini, dan menyeru agar tenaga dikerah bagi membantu penduduk dan bukannya untuk menyebarkan tohmahan.

Malah, sumbangan Kerajaan Negeri dalam kes Kampung Mutiara telah diiktiraf oleh Umno sendiri, apabila Dato’ Ahmad Ismail, pemimpin Umno Bukit Bendera, dalam ucapannya semalam kepada penduduk Kampung Mutiara telah menyampaikan penghargaannya kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, khususnya Dato’ Rashid Hasnor serta saya sendiri selaku Ahli Parlimen kawasan Bukit Bendera atas usaha kami untuk membantu penduduk kampung.

Sepertimana yang dinyatakan oleh Dato’ Ahmad Ismail, isu Kampung Mutiara bukannya isu politik dan tidak seharusnya diputar belitkan oleh sesiapa pun. Jelas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang gigih berusaha bersama dengan pihak-pihak lain untuk mencari penyelesaian bagi kemelut yang dihadapi penduduk kampung.

Zairil Khir Johari
Ahli Parlimen Bukit Bendera
Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang

NB: This press statement was released on 25 August 2015 in George Town.

After spending more than RM1 billion to raise English standards in schools, why postpone English as a compulsory pass subject for SPM?

It has just been announced by the Education Ministry that the move to make English a compulsory pass subject in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination, due to take place beginning next year, has been postponed.

This follows the postponement of the Science Practical Examinations for Physics, Chemistry, Biology and Additional Science, which had also been scheduled for implementation in this year’s SPM.

According to an official statement, the postponement was to enable all related parties, including teachers and students, more time to get prepared, besides “ensuring school facilities and laboratory equipment nationwide meet the standards set before the examination could be carried out.”

Arbitrary decision-making

While flip-flop decision-making is almost synonymous to our education system, this sudden postponement reveals two worrying things.

Firstly, it shows how our education policies are constantly decided upon in an arbitrary manner without considering important issues such as readiness of the system, capacity of teachers and students to adopt and adapt to changes, as well as the state of the existing infrastructure.

In the past, we have seen how hastily introduced policies, such as the Teaching and Learning of Science and Mathematics in English (PPSMI), had to be reversed when it was found to be counter-productive because teachers could not teach well in English. Similarly, the controversial School-based Assessment (PBS) was also revamped and had most of its major elements removed after three years of botched implementation.

Clearly, not much thought is put into policies before they are carried out.

More than RM1 billion spent on English training

Secondly, the postponement of English as a compulsory pass subject for SPM is an admission that the government has failed to improve English standards despite spending more than RM1 billion in the last few years to do so.

In place of the abolished PPSMI policy, the government had introduced a policy called Upholding Bahasa Malaysia and Strengthening the Command of English (MBMMBI), which seeks to make our students fluent in both languages. This policy, introduced in 2012, is allocated RM200 million a year from the ministry’s budget.

On top of MBMMBI, the government has also spent RM454 million in the last five years to import foreign English language mentors to train our English teachers. This programme began in 2010 with RM270 million spent to hire 360 foreign mentors for three years, and was extended in 2013 for two years at a cost of RM184 million.

In total, the government has spent more than RM1 billion over the last few years on specific programmes to improve the standard of English in our schools. This does not even include other expenditure in teacher training.

Thus, having spent such an extravagant sum of money, why is it that the Ministry of Education is not confident of our students passing English?

Zairil Khir Johari
Member of Parliament for Bukit Bendera
DAP Parliamentary Spokesperson for Education, Science and Technology

NB: This press statement was released on 20 August 2015 in Kuala Lumpur.

 

Wahai Najib, bangsa Melayu bukan bangsa bangsat

Saya merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Gerik di Dewan Serbaguna Gerik pada 16 Ogos 2015, sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini:

“Tiada Umno berkuasa terbangsatlah bangsa Melayu di bumi ini. Saya sebagai presiden akan lakukan supaya Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi bertuah ini.”

Sebelum membuat kenyataan yang begitu bebal, Najib seharusnya cermin diri dahulu. Apakah bukan Najib sendiri yang memalukan bangsa dan negara dengan menjadikan Malaysia sebagai bahan jenaka antarabangsa gara-gara skandal 1MDB dan sumbangan “derma” RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya sendiri?

Najib menghina sejarah ketamadunan Melayu

Pun begitu, kenyataan Najib juga sekaligus menidakkan kemuliaan bangsa Melayu Nusantara yang sudah lama bertamadun. Tidakkah beliau sedar bahawa Umno yang lahir pada tahun 1946 hanya berusia kurang daripada 70 tahun, sedangkan tamadun Melayu di rantau ini telah wujud sejak ratusan, kalaupun bukan ribuan tahun? Apakah selama-lama ini Melayu menjadi bangsa bangsat kerana tidak ada Umno?

Apakah segala ketamadunan termasuk seni bina bangunan, teknologi pelayaran, kesusasteraan, kebudayaan dan sebagainya yang dibina berkurun lama sebelum lahirnya Umno ini dilakukan oleh satu bangsa yang bangsat?

Bagaimana pula dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan rakyat Melayu di Sarawak, apabila mereka lantang menolak kehadiran Umno di negeri itu? Adakah mereka juga Melayu bangsat?

Umno yang sebenarnya merugikan Melayu

Walaupun banyak mana sumbangan dan jasa Umno pada suatu ketika dahulu, ia tidak dapat dibandingkan dengan kerosakan yang mereka telah timpakan kepada orang Melayu, khususnya sejak dua, tiga dekad yang lalu. Umno yang ditubuhkan sebagai gerakan massa yang berjuang untuk kemerdekaan kini sudah menjadi parti yang sinonim dengan rasuah dan kronisme.

Sudah pasti, rakyat Malaysia tidak akan melupakan bagaimana Umno, atas nama kepentingan Melayu, telah menyebabkan kerugian berpuluh bilion ringgit melalui penyelewengan dan pengkhianatan seperti yang berlaku dalam skandal Bank Bumiputera pada awal tahun 1980an, skandal Forex Bank Negara pada awal tahun 1990an, sehingga ke skandal terbesar dalam sejarah Malaysia, iaitu syarikat 1MDB yang sudah melenyapkan puluhan bilion ringgit.

Malah, apa-apa jasa Umno yang tinggal jugalah yang kini sedang dimusnahkan oleh kepimpinan Najib. Misalnya, Felda yang digerakkan oleh ayahandanya sendiri, Tun Abdul Razak, sebagai insiatif reformasi tanah yang berjaya menempatkan semula ratusan ribu orang Melayu luar bandar akhirnya kini goyah apabila harga saham Felda Global Ventures yang digembar-gemburkan sebagai penyenaraian kedua terbesar dunia selepas Facebook sudah merudum ke tahap RM1.52 berbanding harga penyenaraiannya, iaitu RM4.55. Ini bersamaan dengan kemerosotan sebanyak 67 peratus.

Demikian juga dengan Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan untuk memudahcarakan pengurusan ibadah Haji orang Islam di negara ini. Kini, dana pelaburan pak cik dan opah kita untuk naik haji pun tidak selamat di tangan Najib apabila secara senyap-senyap digunakan untuk membantu menyelamatkan 1MDB.

Begitu juga dengan dakwaan media antarabangsa baru-baru ini terhadap penyelewengan dalam pembelian aset oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di luar negara. Siapakah lagi yang bertanggungjawab, jika bukan Umno yang secara langsung mengawal pengurusan tertinggi Mara dengan enam daripada 11 orang Ahli Majlis Mara?

Jelas, retorik Umno untuk membela orang Melayu hanya omong-omong kosong, apabila merekalah sebenarnya yang merugikan bangsa dan negara.

Siapakah sebenarnya yang bangsat?

Najib seharusnya berdepan dengan hakikat bahawa kerajaan beliau telah gagal dalam tadbir urus negara kita, dengan nilai matawang ringgi yang kian menjunam dan krisis politik yang sedang melanda Umno ekoran pemecatan beberapa orang menteri kanan termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan timbalan presiden Umno.

Pada masa yang sama, birokrat Melayu yang selama ini terhormat dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka juga kini menjadi mangsa kuasa kuku besi Eksekutif, apabila pegawai-pegawai kanan SPRM diugut dan digertak melalui siasatan dan pemindahan hanya kerana mereka menyiasat dan membongkarkan penyelewengan 1MDB dan “pendermaan” luarbiasa sebanyak RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Najib.

Justeru, saya amat pasti orang Melayu bukan bangsat tanpa Umno, tetapi sebenarnya Umno yang bangsat kerana mengkhianati orang Melayu dan negara Malaysia sejak sekian lama ini.

Zairil Khir Johari
Ahli Parlimen Bukit Bendera
Penolong Setiausaha Publisit Kebangsaan DAP

NB: This press statement was released on 17 August 2015 in Kuala Lumpur.

Corruption and cronyism: two sides of the same coin

Following the first Bumiputera Economic Congress in 1965, Majlis Amanah Rakyat (Mara) was established as a statutory body through an Act of Parliament. The trust council, which falls under the purview of the Ministry of Rural and Regional Development, was entrusted with the objective of “developing, encouraging, facilitating and fostering economic and social development,”[1] with particular focus on the bumiputera community and rural areas.

In 2008, as part of a diversification drive, Mara created a wholly owned subsidiary called Mara Incorporated (Mara Inc) as a vehicle to carry out strategic investments and commercial activities mainly through the management, investment and development of property. To date, its overseas assets are reportedly worth RM600 million, including four properties in Melbourne, Australia and three in London, UK.

However, in the course of their expansion over the years, Mara has not been able to shake off constant allegations of corruption and mismanagement. For example, controversy was stirred a few years ago following Mara’s acquisition of a few costly properties in London, including the Ashley Hotel near Paddington Station, Atelier EC1, which is a service apartment in the city, as well as Beaumont House, a student hostel in central west London. In addition to the London properties, Mara has also built up a portfolio of buildings worth more than AUD80 million (RM230 million) in Melbourne. These buildings are now the subject of international attention as questions have been raised about the suspicious involvement of offshore shelf companies in the transactions.

Besides controversial foreign property purchases, the 2013 Auditor-General’s Report highlighted discrepancies amounting to RM124.55 million in Mara’s procurement process. In the same year, two senior Mara officials, Mara Education Foundation CEO Datuk Dr Abdul Shariff Hamid, who was also a former Overseas Umno Club secretary, and programme manager Zainal Rashid Zakaria were convicted of forgery pertaining to claims amounting to RM304,650. This year, four MARA officials have been charged in the KL High Court for false travel claims amounting to tens of thousands of ringgit.

Was the Dudley House scandal merely a misinformed decision?

In the latest scandal to surface, Australian national daily The Age alleged that Mara had purchased Dudley House, a student hostel in Melbourne, in 2013 at a “massively” inflated price of AUD22.5 million (RM65 million), when the market price for the property was only AUD17.8 million (RM51.6 million). So why did Mara overpay?

According to The Age, chairman of Mara Inc Datuk Mohammad Lan Allani when questioned had responded by saying he could not recall details of the Dudley House deal, despite the fact that he had only a year ago in May 2014 visited the property together with Mara chairman Tan Sri Annuar Musa and Mara Inc CEO Dato’ Abdul Halim Rahim.

In fact, according to a statement on the website of the Malaysian Consulate in Melbourne, the Mara entourage were there to “inspect its student accommodation properties at 746 Swanston and at Dudley International House Caulfied… its two recently bought properties….” In addition to the visit, the group were also given a briefing “on the property market in Australia.”[2]

From this, it is clear that the Mara management is fully aware of the deal. In fact, in a press conference held a day after the story broke in The Age, Mara chairman Annuar revealed that they did not consider the price high, and in fact believed it to be “below the market rate.” If this is the case, then there is a possibility that the Mara management had been misinformed, or that due diligence had not been properly conducted despite the size of the deal.

However, this reason does not hold water, as it does not explain why AUD4.75 million (RM13.7 million), coincidentally the difference between the price paid by Mara and the market value of the property, had been paid out as “introduction and consultancy fees” through a Singapore shelf company. In fact, the exposé by The Age quoted the Australian developers of Dudley House, namely Peter Mills and Chris Dimitriou, as affirming that the AUD4.75 million were actually kickbacks for Malaysian officials.

Therefore, there is no reason for anyone to believe that the Dudley House scandal was the result of misinformation or incompetence. Instead, it is clear that corruption in the form of bribery and possibly money laundering, had taken place.

Mara’s corruption is clearly due to entrenched cronyism

Corruption and the Malaysian government have become almost synonymous these days, and this is not surprising when almost all government wealth funds and investment agencies are dominated by Umno-linked cronies and politicians.

For example, in the case of the Dudley House scandal, the chairman of Mara subsidiary Mara Inc, Datuk Mohammad Lan Allani, is also an Umno politician from Sabah who was formerly the state assemblyman for Sulabayan.

This raises the question of whether Lan Allani’s appointment has anything to do with the fact that Datuk Seri Shafie Apdal is the minister in charge of Mara. This is because Shafie is also the Member of Parliament for Semporna, which happens to encompass the state seat of Sulabayan. Additionally, Shafie is also the head the Umno Semporna division, where Lan Allani once served as vice chairman and treasurer.

Meanwhile, the Mara council, which is the governing body of the agency, is also Umno-controlled, with six out of 11 council members being active Umno members while the other five are civil servants. The council is of course chaired by Tan Sri Annuar Musa, the Umno Member of Parliament for Ketereh, Kelantan.[3]

As for the four directors of Mara Inc, the subsidiary embroiled in the Dudley House scandal, two of them are active Umno members while the other two are civil servants.[4]

Even the broker who facilitated the Dudley House deal, said to be “Porsche-loving” Erwan Azizi, has Umno links by virtue of his directorship in Biosis Bhd, a company chaired by Umno Youth deputy chief Khairul Azwan Harun.[5] As it happens, Erwan is also the son of Dato’ Azizi Yom Ahmad, a joint-developer of Dudley House.

The need for accountability and transparency

It is clear that there is neither transparency nor accountability in Mara’s decision-making process, despite the fact that the agency is custodian to billions of ringgit in public funds. This is mainly due to the fact that Mara, like many other government agencies, is controlled and dominated by a sinister nexus of patrons, cronies and politicians.

When government agencies and their businesses are caught in such a political web, there is no doubt that decision-making will be skewed by vested interests. The Dudley House scandal is but a classic example of such dealings, where transactions are facilitated by cronies and powerful Umno politicians with access to billions in government funds.

As Mara was created by an Act of Parliament, its accountability should be returned to the people. To begin with, membership of the Mara council should be a balanced mix of bipartisan politicians, civil servants and non-partisan professionals. Mara should also be directly responsible to Parliament rather than the Ministry of Rural and Regional Development.

Unless decisive steps are swiftly taken to ensure that the governance of Mara and other government agencies are made transparent and independent, public corruption scandals will continue to plague our country.

[1] http://www.mara.gov.my/en/pengenalan-sejarah

[2] http://www.kln.gov.my/web/aus_melbourne/e2014/-/asset_publisher/ME2g/blog/majlis-amanah-rakyat-mara-working-visit-to-melbourne-australia?redirect=%2Fweb%2Faus_melbourne%2Fe2014

[3] http://www.mara.gov.my/ahli-majlis-mara

[4] http://marainc.my/marainc/board-of-directors/

[5] http://www.biosis.com.my/biosis/main.php?id=6&master_cat=1

NB: This article, co-authored with Steven Sim, was originally published in the August 2015 issue of the Penang Monthly.

Malaysia’s great – and recent – identity crisis

If ever there was a country chronically afflicted by an identity crisis, it would be ours. Debates rage on about how we should define our identities. For example, do I say I am Malaysian first, or Malay first, or Muslim first?

Why not all or none of the above – after all, many of us from George Town may consider ourselves Penangite first.

While I believe identities are fluid and should not be set in stone, there is something to be said about the pervasiveness of racial identity in our public sphere. Discourse on almost every issue, be it the economy, education and especially anything political, cannot escape the inevitable question of race.

In the Malaysian context, this is translated into the great dichotomy of our country – the division between the Bumiputeras, a bureaucratic label with no constitutional basis, against the others, who are collectively reduced to the ignominious label of “non-Bumiputera.” As the state actively promotes a distinction between these two groups of citizens, the perception now pervades that there are some Malaysians who are considered to be more Malaysian than others.

Ironically, even the Bumiputera identity itself is full of ambiguities and contradictions. Deriving its modern definition from the genesis of the New Economic Policy (NEP), the term generally encompasses the Malays, the Orang Asli and the natives of Sabah and Sarawak. Yet while government employment and education quotas are supposed to favour the Bumiputeras, its practical application has raised questions about some Bumiputeras being more Bumiputera than others.

Issues revolving around Bumiputera, particularly Malay, rights and privileges are often emotional and confrontational in nature. In fact, for a race that is probably the most inclusive in definition, as anyone can be a Malay provided they fulfil the constitutional requirements of language, religion and culture, the Malay race is perhaps one of the most exclusive and parochial of political identities in Malaysia today. Not only have they walled themselves into a self-created mental fortification, Malay nationalism also adopts a fiercely antagonistic attitude towards their politically constructed rivals, the non-Bumiputeras.

It is no wonder then that former premier Tun Dr Mahathir Mohamad once commented that the current Prime Minister’s “1Malaysia” slogan would never be coherent, simply because it essentially means different things to different people.

Ethnicisation

According to the sociologist Frederick Holst, identity has become central to socio-politics in Malaysia because both public institutions and social structures have undergone a process of ethnicisation – the infusing and intertwining of economic or political contestations with collective identities. As a result, the question of race, or more accurately, ethnicity, cannot be separated from any form of discussion regarding our country’s social and political dimensions.

Yet, it is important to realise that such a situation is not naturally occurring but instead a social construction. In other words, the ethnicisation of Malaysian society has taken place through a conscious agenda to create an identity that is primus inter pares (first amongst equals) in order to legitimise policies that favour a certain ethnic group. Hence, the construction of the Bumiputera identity. While the term is not new and has been used in various contexts prior to independence, its adoption as an umbrella identity for the Malays was essentially a post-NEP concept.

At another level, the concept of “race” is also a problematic one because our understanding of it is essentially derived from colonial knowledge. In fact, race as a genealogical concept to describe the societies in the Malay Archipelago was almost non-existent in pre-colonial times. Often, race was used to describe the milieu, such as humanity, as was the case in the Malay Annals or the Sulalatus Salatin, which I quote below:

Maka sahut Nila Pahlawan, “Adapun kami ini bukan daripada jin dan peri, dan bukan kami daripada bangsa indera; bahawa adalah bangsa kami ini daripada manusia.”

Similarly, the concept of migrants or pendatang has no historical basis. In the Hikayat Hang Tuah, for example, the word asing or foreign is rarely used, and only in reference to foreign countries. When describing traders from foreign lands, the simple and universal term dagang or merchant is used, without any ethnic, racial or national connotation.

In fact, the concept of race as a social identity only became dominant following the arrival of colonialism. As a case in point, the first modern census in the country was conducted in 1871 in the Straits Settlements and had no reference to “race.” Instead, people were categorised into a multitude of ethnicities, such as Achehnese, Boyanese, Bugis, Burmese, Jawi Peranakan, Malay, Malayalam and so on. It was only in later censuses that the term “race” was used in the context that we are familiar with and the Malay, Chinese and Indian races officially became collective identities.

Overcoming our psychological problem

As can be seen, our own history has much to offer in trying to make sense of our post-colonial nation-state. If we seem confused as a society and unable to escape our identity crisis, it is because we do not truly appreciate the richness of our origins.

As controversial as it may be, the conversation about who we are, where we came from and who this country belongs to is one that needs to take place. However, it also needs to be discussed rationally and objectively, without being pulled into the myopic frames of ethnocentrism.

Contrary to what the Federal Government thinks, the way to foster such constructive discourse is to allow greater space and more debate, rather than stifling alternative opinions through draconian legislation. But while ideas should be allowed to propagate, there must also be room for them to be challenged. It is only through such a process, of mature deliberation and openness to contrarian opinions, that we can shake off the noise surrounding the issue and finally discover our true Malaysian identity – or identities.

NB: This article was originally published in the August 2015 issue of the Penang Monthly.