Category Archives: Roketkini

  • Merentas dunia baharu

    Teknologi adalah faktor yang paling berpengaruh dalam menentukan bagaimana kita hidup, bekerja dan berkomunikasi. Hal ini lebih ketara dalam tempoh 300 tahun yang lalu, sejak kejayaan teknologi seperti kereta api dan telegraf elektrik menghasilkan perubahan yang dramatik dan berlanjutan tentang bagaimana kita berinteraksi dengan dunia. Hari ini, dengan adanya komputer dan internet, serta pertemuan kedua-duanya […]

    Read more...
  • Kisah Malaysia melalui Perlembagaannya

    Banyak yang boleh diketahui tentang perwatakan sesebuah negara melalui undang-undangnya. Oleh itu, perubahan sistem perundangan sesebuah negara mencerminkan evolusi sosio-politik masyarakatnya. Contohnya, Perlembagaan Amerika Syarikat. Sejak pemasyhuran undang-undang tersebut pada tahun 1789, perlembagaan ini telah dipinda sebanyak 27 kali. Sepuluh pemindaan terawal dikenali sebagai Bill of Rights dan memperlihatkan aspirasi dan keinginan sebuah negara baru […]

    Read more...
  • Tanggungjawab Muslim melawan sikap melampau

    Sambil kaum Muslimin menyambut mulanya bulan Ramadan pada tahun ini, kita dikejutkan dengan letupan bom oleh pembunuh nekad di Manchester, United Kingdom yang meragut nyawa 22 orang hadirin konsert, kebanyakannya kanak-kanak. Kemudian disusuli pula dengan serangan terhadap Kristian Coptic di Mesir yang meragut 28 nyawa. Tidak jauh dari rumah kita pula, kumpulan pengganas melakukan keganasan […]

    Read more...
  • Menuntut kembali negara kita melalui Bersih 5

    Salah satu keunikan negara kita adalah jangka hayat panjang rejim pemerintah yang tidak pernah sekalipun kalah dalam pilihan raya umum sejak merdeka enam dekad yang lalu. Walau bagaimanapun, rekod unggul ini tiada kaitan dengan prestasi atau populariti. Sebaliknya, ia dicapai atas kemampuan luar biasa kerajaan untuk terus memastikan peraturan permainan diatur untuk memihak mereka. Buktinya […]

    Read more...
  • Anak muda dan politik

    “Beri aku 1,000 orang tua, niscaya akan kucabut semeru dari akarnya. Beri aku 10 pemuda, niscaya akan kuguncangkan dunia.” (Sukarno) Apabila membicarakan soal penglibatan anak muda dalam kancah politik, umum mengandaikan bahawa anak muda itu sama ada terlalu kritikal atau melecehkan parti politik sama sekali dan sebaliknya lebih cenderung kepada aktiviti bersifat kebudayaan, kesukanan dan […]

    Read more...
  • Parlimen dan mahkamah hilang keagungannya

    Semasa sebuah persidangan serantau di Kuala Lumpur baru-baru ini, saya telah berbual santun dengan orang yang duduk di sebelah saya. “Jadi saudara dalam jawatankuasa parlimen yang mana?” soal rakan baru saya, yang baru saya ketahui merupakan ketua sebuah institut penyelidikan kerajaan Vietnam. Dia tertanya-tanya tentang peranan saya sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia. “Itu satu soalan […]

    Read more...
  • Al-Kisah Melayu dan DAP (Bhg 3)

    Bahagian sebelumnya… Pada tahap cendekia, kerajaan negeri Pulau Pinang juga menggerakkan wacana Islam melalui badan pemikir Penang Institute. Dengan kerjasama gerakan masyarakat sivil, Penang Institute telah memulakan siri syarahan dan perbincangan meja bulat yang menampilkan tokoh cendekiawan Islam seperti Tariq Ramadan dari Universiti Oxford, penulis Turki Mustafa Akyol dan ahli akademik yang lain seperti Ebrahim […]

    Read more...
  • Al-Kisah Melayu dan DAP (Bhg 2)

    Bahagian sebelumnya… Mengapa DAP dijadikan momok Melayu Walaupun jelas DAP tidak pernah meminggirkan kepentingan mana-mana kaum, namun pemerintah sejak sekian lama mahu memaparkan imej DAP sebagai momok kepada orang Melayu. Mengapa DAP? Sudah tentu kerana DAP itu parti pembangkang, tetapi lebih daripada itu, DAP juga merupakan parti pembangkang tunggal pada zaman 70-an setelah penyerapan parti-parti […]

    Read more...
  • Al-Kisah Melayu dan DAP (Bhg 1)

    Sudah menjadi kebiasaan acapkali DAP diuar-uarkan sebagai parti orang Cina yang hanya menjaga kepentingan orang Cina, malah juga anti kepada orang Melayu dan Islam. Walaupun segala tuduhan sedemikian lazimnya dibuktikan salah di mahkamah, dan sejumlah ganti rugi yang besar sudah pun dikutip daripada sekalian pemfitnah – biasanya Utusan Malaysia dan angkatan yang sewaktu dengannya, tohmahan […]

    Read more...
  • Bahana RUU Hadi tidak boleh dipandang ringan

    Kejutan akibat peristiwa yang berlaku pada hari terakhir persidangan Parlimen yang lalu masih lagi menghantui negara. Dalam satu tindakan persekongkolan antara PAS dan Umno, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Azalina Othman Said telah mengemukakan usul di Parlimen untuk menyegerakan rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang bertujuan untuk […]

    Read more...