FAP kecewa dengan tindakan ganas segelintir individu yang memburukkan negeri

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) terkejut dan kecewa dengan tindakan ganas segelintir individu yang telah merosakkan kemudahan-kemudahan di dalam Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan malam tadi berikutan persaingan Liga Super Pulau Pinang melawan Sarawak. Malah, ada yang membakar api suar walaupun mereka sedar bahawa tindakan itu adalah satu kesalahan besar dalam mana-mana perlawanan bolasepak di Malaysia.

Pihak FAP akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian ini tidak berulang. Pada masa yang sama, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas, khususnya pihak polis, yang berjaya mengawal keadaan.

Kami sedar peminat bolasepak Pulau Pinang yang sebenar adalah mereka yang benar-benar sayang kepada pasukan mereka walau apa pun terjadi. Mereka tidak akan bertindak ganas atau melakukan perbuatan yang akan memudaratkan orang awam.

Kepada para peminat Pulau Pinang yang setia, jutaan terima kasih kami ucapkan, dan semoga terus memberi sokongan dalam usaha FAP meningkatkan tahap pasukan negeri.

Kepada segelintir golongan yang mahu memburukkan nama negeri sendiri, pihak FAP dengan kerjasama pihak berkuasa keselamatan tidak akan membiarkan perbuatan ganas beberapa individu merosakkan nama baik Pulau Pinang.

Demi rakyat dan negeri, pasukan bolasepak Pulau Pinang akan terus berusaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik.

Zairil Khir Johari
Presiden FAP

NB: This press statement was released on 12 February 2017 in George Town.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

© 2013-2016 Zairil Khir Johari. All Rights Reserved.
Designed and Implemented by Macrosoft Inc