Kelayakan Piala Malaysia adalah kata putus FAP

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) ingin melahirkan rasa kecewa dengan prestasi pasukan negeri setakat ini.

Pihak FAP berharap semua pihak bersabar kerana usaha memperbaiki prestasi dan persembahan pasukan negeri kita memerlukan sedikit masa lagi. Dengan itu, pihak kami akan terus memberi masa yang sewajarnya kepada pendekatan dan cara pengendalian pasukan oleh Ketua Jurulatih, Ashley Westwood.

Namun, perlu ditegaskan di sini bahawa Encik Westwood perlu membuktikan pendekatan dan cara pengendalian beliau benar-benar berkesan dengan mencatatkan kemenangan dan keputusan yang memuaskan.

Kaedah untuk mengukur kejayaan ini adalah melalui usaha melayakkan diri ke pertandingan Piala Malaysia 2017.

Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Eksekutif FAP hari ini membuat keputusan untuk memberi kata putus kepada Encik Westwood supaya membawa pasukan Pulau Pinang melayakkan diri ke pertandingan Piala Malaysia 2017. Jika berjaya, ia akan menjadi satu peningkatan berbanding musim lalu.

Jika beliau gagal, tindakan yang tegas akan diambil.

Pihak FAP memohon jasa baik semua pihak yang terlibat, khususnya para peminat dan penyokong Pulau Pinang yang setia untuk memberi sokongan padu kepada pasukan negeri yang kita sayangi bersama.

Untuk negeri kita.

Zairil Khir Johari

Presiden FAP

NB: This press statement was released on 20 February 2017 in George Town.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

© 2013-2016 Zairil Khir Johari. All Rights Reserved.
Designed and Implemented by Macrosoft Inc