Letak jawatan sebagai presiden FAP

Menjelang penutupan tirai musim bola sepak Liga Malaysia 2017, harapan Pulau Pinang untuk kekal di Liga Super sudah pun pupus. Walaupun segala usaha sudah dicuba, namun hakikat yang pahit terpaksa diterima.

Justeru, saya selaku Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) mengambil tanggungjawab penuh terhadap kegagalan pasukan Pulau Pinang musim ini dan meletak jawatan sebagai presiden berkuat kuasa serta-merta.

Walaupun perjalanan saya dalam FAP adalah singkat, namun banyak yang telah saya harungi, pahit dan manis. Saya dan pasukan pengurusan telah melakukan yang terdaya dan yang terbaik. Awalnya, kami membawa masuk jurulatih asing yang mempunyai rekod cemerlang dan kemudiannya apabila tidak membuahkan hasil, menukarkan strategi dengan menggantikan beliau dengan lagenda bola sepak tempatan, Zainal Abidin Hassan. Malangnya, nasib tidak menyebelahi kami.

Pun begitu, saya bangga dengan program pembangunan akar umbi. Di bawah seliaan saya, kami telah mewujudkan pasukan bawah-16 dan bawah-14 untuk mewakili FAP. Pasukan bawah-16 berjaya melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan JSSL Pro-7s di Singapura, manakala pasukan bawah-14 menjadi naib juara Piala Dunia Remaja Gothia di China. Mereka adalah harapan kita untuk Pulau Pinang!

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan warga FAP di setiap peringkat termasuk Piala Presiden dan Piala Belia, serta kerajaan negeri atas sokongan dana yang amat penting selama ini. Akhir sekali, saya juga amat berterima kasih kepada para penyokong pasukan Harimau Kumbang yang sentiasa cekal bersama pasukan tidak kira keadaan.

Sebagai seorang peminat setia, saya mendoakan yang terbaik untuk pasukan Pulau Pinang dan semoga maju jaya dalam mengharungi cabaran masa depan. Saya akan tetap menyokong dan hadir ke stadium meskipun hanya dari kerusi penonton.

Saya berharap pasukan kesayangan kita ini akan kembali bangkit dan menggegar liga sebagaimana suatu ketika dahulu. Ayuh semua, demi negeri kita! Haria Penang Haria!

Zairil Khir Johari
Presiden, Persatuan Bolasepak Pulau Pinang

NB: This press statement was released on 9 October 2017 in George Town.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

© 2013-2016 Zairil Khir Johari. All Rights Reserved.
Designed and Implemented by Macrosoft Inc