Pelancaran projek “My Taman, My Tanjung Bungah”

Projek “My Taman, My Tanjung Bungah” adalah bertujuan untuk menambah baik pelbagai taman kejiranan dan taman poket di seluruh kawasan Tanjung Bungah, bagi meningkatkan mutu kehidupan dan menyediakan ruang aktiviti kemasyarakatan yang selesa dan selamat.

IMG-20180325-WA0034

Sebanyak empat buah taman telah dikenal pasti untuk fasa pertama, yakni:

  1. Taman Kejiranan Persiaran Sungai Emas yang akan menerima bangku-bangku baru bagi menggantikan bangu-bangku lama, pemasangan peralatan gim luaran (outdoor gym), lampu LED baru, trek joging yang lebih baik, landskap yang lebih indah, platform untuk aktiviti zumba/taichi serta projek seni graffiti dengan kerjasama pelajar sekolah.
  2. Taman Kejiranan Sungai Emas akan menerima pagar baru bagi menggantikan pagar yang telah usang, laluan masuk yang baru, akses yang lebih baik untuk orang kurang upaya, pembaikan kepada kemudahan sukan, lampu LED baru serta peralatan gim luaran tambahan.
  3. Taman Rekreasi Loh Poh Heng akan diberi laluan akses tambahan, lampu LED baru, papan tanda baru dan bangku baru untuk keselesaan pengguna.
  4. Kawasan Lapang Hillside akan melihat penambahbaikan kepada kemudahan sedia ada dengan bangku baru, landskap yang lebih indah serta lampu LED baru untuk mencerahkan kawasan pada waktu malam.

Adalah diharapkan bahawa peningkatan kemudahan di setiap kejiranan ini akan turut meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat. Sesungguhnya, kehidupan yang berkualiti berkait rapat dengan persekitaran kejiranan yang kondusif dan selesa. Pada masa yang sama, persekitaran yang baik akan mempupuk perasaan sayang terhadap kawasan kejiranan masing-masing yang diharap dapat diterjemahkan dalam bentuk kerjasama serta semangat gotong-royong dalam kalangan penduduk.

IMG-20180325-WA0036

Setinggi-tinggi penghargaan harus dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang telah menjalankan kerja penambahbaikan. Terima kasih juga diucapkan kepada pelajar-pelajar The International School of Penang (Uplands) dan Han Chiang University College yang telah menghasilkan lukisan mural yang terdapat di Taman Kejiranan Persiaran Sungai Emas. Mural ini pasti meningkatkan lagi keceriaan kejiranan kita.

Kos bagi penambahbaikan Taman Kejiranan Sungai Emas yang baru sahaja siap adalah sebanyak RM30,000 manakala kos bagi taman-taman lain adalah tertakluk kepada pengiraan akhir. Dengan kejayaan projek “My Taman, My Tanjung Bungah” ini, adalah menjadi hasrat saya untuk meluaskan usaha ini kepada kejiranan lain.

IMG-20180325-WA0035

Zairil Khir Johari
Ahli Parlimen Bukit Bendera
Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang

NB: This press statement was released on 25 March 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

© 2013-2016 Zairil Khir Johari. All Rights Reserved.
Designed and Implemented by Macrosoft Inc