Penamatan kontrak Ashley Westwood sebagai Ketua Jurulatih Pulau Pinang

Ekoran perbincangan bersama Ketua Jurulatih pasukan Liga Super Pulau Pinang Ashley Westwood, Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) telah mencapai kata sepakat berhubung perkhidmatan beliau.

Justeru, Westwood bersetuju untuk menamatkan perkhidmatannya serta melepaskan jawatannya sebagai Ketua Jurulatih dengan berkuatkuasa serta merta.

Saya bagi pihak FAP merakamkan penghargaan atas khidmat dan usaha beliau selama berada dengan pasukan Pulau Pinang.

Bagi mengisi kekosongan ini buat sementara, pihak FAP bersetuju untuk melantik Darren Read, Pembantu Ketua Jurulatih, bagi memangku jawatan tersebut.

Sehubungan dengan itu juga, pihak FAP akan mengumumkan pelantikan Ketua Jurulatih yang baru dalam masa yang terdekat ini.

Zairil Khir Johari
Presiden, Persatuan Bolasepak Pulau Pinang

NB: This press statement was released on 19 March 2017 in George Town.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

© 2013-2016 Zairil Khir Johari. All Rights Reserved.
Designed and Implemented by Macrosoft Inc