Projek RTB Sungai Pinang akan membantu menyelesaikan masalah banjir daerah DTL

Hujan lebat yang berlarutan selama empat jam dari sekitar pukul 2 pagi tadi, beriringan dengan air laut yang pasang tinggi (1.95m@2.21am) telah mengakibatkan air Sungai Pinang melimpah dan seterusnya banjir kilat di banyak lokasi khususnya di dalam daerah timur laut Pulau Pinang.

Antara kawasan yang terbabit adalah:

  1. Jalan P. Ramlee
  2. Lintang P. Ramlee
  3. Lorong Kulit
  4. Kampung Masjid
  5. Jalan Trengganu
  6. Jalan Gemas
  7. Jalan Langkawi
  8. Taman Abidin
  9. Hadapan Masjid Rawana
  10. Persiaran Perak
  11. Astaka Stadium
  12. Laman Pejabat Pos Dato’ Keramat
  13. Sungai Relau hadapan SK Sri Relau
  14. Sungai Air Putih Masjid Jalan Zoo
  15. Sungai Dondang Lebuh Raya Thein Teik

Semua kawasan tersebut berada dalam lembangan (catchment) Sungai Pinang. Justeru, masalah ini tidak akan selesai sehingga projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang dapat dilaksanakan.

Ekoran perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini, projek RTB Sungai Pinang yang tergendala selama 20 tahun telah diberi kelulusan untuk dilaksanakan. Kini, Jabatan Pengairan dan Saliran sedang dalam proses melantik perunding untuk membuat rekabentuk terperinci sebelum tender dibuka untuk melantik kontraktor bagi pembinaannya. Skop projek akan ditentukan selepas rekabentuk dibuat.

Walaupun kelulusan yang dinanti-nantikan selama 20 tahun ini adalah berita baik untuk Pulau Pinang, namun rakyat dipohon untuk sabar kerana projek infrastruktur yang besar ini memerlukan masa untuk dilaksanakan.

Projek ini sepatutnya dilaksanakan lama dahulu namun kerajaan lama tidak mementingkan kemaslahatan rakyat Pulau Pinang. Oleh itu, ia telah jatuh kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk melaksanakannya setelah sekian lama.

Zairil Khir Johari
EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang
ADUN Tanjong Bunga

NB: This press statement was released on 30 July 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

© 2013-2016 Zairil Khir Johari. All Rights Reserved.
Designed and Implemented by Macrosoft Inc